Mickey Monster official blog »

Friday, March 18, 2011

Thanks for the Bullet Proof Vest

Permulaan hari ini agak suram dek kerana tembakan bertalu-talu yang aku kena lalui semalam. Aku hanya duduk termenung, tidak bertegur sapa, dan hanya menghadap monitor tanpa tahu apa yang aku sedang laku kan. Pelik kan? Memang inilah aku jika dilanda masaalah. Atas penghinaan semalam, aku mudah rapuh dah goyang. Lemah betul manusia yang cetek imannya ni kan? Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi, aku dah menghidupkan enjin kereta, terus pulang kerumah. Aku berkurung didalam bilik bertemankan FB sambil menanti waktu solat Jumaat. Bertalu2 kata-kata kesat aku luahkan di FB hanya untuk menenagkan hati ini. Aku kemasjid untuk menunaikan kewajipan seorang islam. Aku terkejut dengan kebesaran Allah yang maha Esa. Seperti "Dia" ingin memujuk hati yang sayup ini. Tajuk Khutbah hari ini adalah "Penghinaan". Bagai hendak menangis rasanya didepan mimbar yang gah lagi teguh melambangkan Islam yang teguh. Setiap kata-kata khatib yang membaca khutbah itu bagai memujuk hatiku, membisik kan kepada ku bahawa ini adalah dugaan daripadanya. Ayat yang dibaca khatib yang paling aku ingat "Sesiapa pun tidak layak menghina atau mencaci ketentuan Allah yang maha Esa, sama ada dari segi sindiran, Teks, Lukisan, Perbuatan dan lain-lain", "Ketahuilah kamu, Kelebihan yang diberikan Tuhan itu sesungguhnya bukan untuk kamu menghina mereka yang serba kekurangan, bahkan ia adalah sebenarnya berbentuk ujian untuk kamu mengawal kata-kata, perbuatan atau apa saja agar tidak digambarkan sebagai penghinaan". Alhamdulillah, selepas mendengar khutbah tadi, aku kembali tenang, mudah untuk berfikiran rasional. Ya Allah, Sungguh besar Rahmat mu buat diriku ini.

0 tukang kutuk: