Mickey Monster official blog »

Tuesday, October 27, 2009

Popiah the Series -Episode 4

Titisan hujan memenuhi pekarangan hujan. Aku yang ketika itu basah dalam hujan air mata bertindak membuka jaket ku dan memberikan kepada Aisyah untuk menjadi selimutnya. Aisyah tertidur di bangku kerana keletihan setelah menanti lebih 10 jamZul di rawat di bilik I.C.U. Kami haya apat bertawakal dan berserah ketika itu.

Aku mendongak keawan. Melihat keadaannya yang berat dan dipenuhi air, seperti mahu menenangkan hati yang gundah-gulana. Aku kekereta untuk mengambil ungkusan rokok. Sebatang demi sebatang aku menghisap untuk menghilangkan rasa tekanan. Dalam keheningan mala mini, aku dapat merasakan bahawa kehidupan pinjaman Tuhan ini dengan senang sahaja boleh ditarik balik. Bumi yang bulat, bisa sahaja terbelah dua. Gunung berapi yang sudah mati, bleh sahaja mencetuskan lavanya pada bila-bila masa. Aku berdiri tegak merenung keawan sekali lagi.kali ini aku membiarkan sahaja aku dibasahi hujan dan diselubungi kesejukan. Begitu aku kesunyian. Rakan ku bertarung nyawa. Si’Dia’ pula telah membawa cintaku pergi, begitu besar kemendungan awan dihati ku. Aku bertanya dengan seribu satu persoalan. Aku menitiskan air mata. Mengalir ke benak hati ku. Memangkah aku tak layak mempunyaiteman? Atau aku ini memang langsung tidak boleh memiliki teman. Seribu bahasa yang tidak ku fahami dan aku perlu menterjemahkan untuk mengubat hati. Disini, di tanah yang ku pijak, aku mendongak keawan, memejam mata, menarik nafas...

“BAAANNNGGGGGGGGG!!!!!”

Gelap dunia ku. Aku cuba membuka mata. Hanya dapat ku lihat sepasang lampu kenderaan berada dihadapan ku. Aku terkulai layu diatas tar itu. Aku tidak mampu membuka mata. Tiada tenaga yang tinggal selepas pelanggaran itu. Hitam pandangan ku. Aku hanya mendengar tangisan dan esakan seorang gadis. Aku cuba membuka mata. Namun gagal. Terbayang wajah ayah bonda, sahabat karb ku. Dan.... si’Dia’.....

Adakah ini peng akhiran ku? Mat popiah.... kau di mana? Tolong kejutkan aku.. tolong kejutkan aku dari mipi yang menakutkan ini... tetapi, walau sekuat mana jiwa ini mronta, aku tetap tidak mampu membuka mata.....

Bersambung episode 5

0 tukang kutuk: