Mickey Monster official blog »

Wednesday, October 28, 2009

Popiah the Series -Episode 5

Berdengung kepala ku. Aku lupa apa yang telah terjadi. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku melihat sekeliling. Aku berada di wad kerana aku telah dilanggar oleh sebuah kereta. Alhamdulillah aku hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Aku bingks bangun menuju ke unit i.c.u. Di sana aku menemui Aisyah yang sedaang mengamil air panas di luar.

“Alhamdulillah, pembedahan semalam berjalan dengan lancar.”

Apabila aku mendengar kata-kata terebut, aku mengurut dada tanda bersyukur kerana Allah Taala maha pemurah untuk mengurniakan Zul peluang kehidupan yang kedua. Dari mata Aisyah, aku mendapati sinaran yang begitu gemilang apabila kekasihnya itu sihat sejahtera dan mampu meneruskan kehidupan bagi menuju kebahgiaan mereka. Begitu bertuah nasib Zul. Kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja deminya. Aku? Ah... itu tak pentng. Perjalanan masih jauh. Masih banyak peluang yang aku akan perolehi. Itu pun kalau peluang itu memang menanti ku.

Waktu tengahari menjelang tiba. Aku membawa Aisyah untuk mengisi perut. Aisyah kelihatan gembira hari ini. Sambil duduk di kerusi kantin, aku mengajukan soalan kepada aisyah.

“Chah, Nampak happy je.”

“Mesti la happy, awak tu, tak happy ke?”

“Happy, tapi tak macam Chah.”

“Awak, kenapa awak tak cari lain?”

Aku tersenyum mendengar pertanyaan Aisyah. Aku mencarik-carik mee hoon yang aku ambil dikaunter kantin.

“Hey, awak... kenapa tak jawab soalan Chah?”

“saya bukan tak nak cari lain Chah, kalau Chah dah sayang kat seseorang, senang ke Chah nk lupakan orang yang Chah sayang?”

“Mesti la susah”

“Tau pun. Saya ni kalau dah sayang, sayang sampai bila-bila saya akan sayang.”

“wah, romantiknya. Tapi tak boleh lawan Zul.”

Aku tersenyum melihat usikan Aisyah. Kami menghabiskan makanan dan menuju ke Wad Zul. Zul yang sedang makan ubat tersenyum melihat kami. Aku hanya memerhatikan gelagat Zul dan Aisyah. Sungguh mesra gurauan manja mereka. Setiap makanan disuapkan ke mulut Zul. Begitu prihatin Aisyah terhadap Zul. Mengalir air mata ku. Saat ini, aku hanya bertemankan kenangan-kenangan lalu. Bertubi-tubi memori menembusi minda ku. Perit rasanya. Cinta hati ku, kembalilah sayang.

Duit pembedahan Zul aku selesaikan dengan hasil simpanan kami ar setiap peniagaan. Kami memang tidak pernah menghabiskan duit keuntungan setiap perniagaan yang kami usahakan. Orang kata, kalau bijak menyimpan, tuah selalu lekat di badan.

Bersambung episode 6

Tuesday, October 27, 2009

Popiah the Series -Episode 4

Titisan hujan memenuhi pekarangan hujan. Aku yang ketika itu basah dalam hujan air mata bertindak membuka jaket ku dan memberikan kepada Aisyah untuk menjadi selimutnya. Aisyah tertidur di bangku kerana keletihan setelah menanti lebih 10 jamZul di rawat di bilik I.C.U. Kami haya apat bertawakal dan berserah ketika itu.

Aku mendongak keawan. Melihat keadaannya yang berat dan dipenuhi air, seperti mahu menenangkan hati yang gundah-gulana. Aku kekereta untuk mengambil ungkusan rokok. Sebatang demi sebatang aku menghisap untuk menghilangkan rasa tekanan. Dalam keheningan mala mini, aku dapat merasakan bahawa kehidupan pinjaman Tuhan ini dengan senang sahaja boleh ditarik balik. Bumi yang bulat, bisa sahaja terbelah dua. Gunung berapi yang sudah mati, bleh sahaja mencetuskan lavanya pada bila-bila masa. Aku berdiri tegak merenung keawan sekali lagi.kali ini aku membiarkan sahaja aku dibasahi hujan dan diselubungi kesejukan. Begitu aku kesunyian. Rakan ku bertarung nyawa. Si’Dia’ pula telah membawa cintaku pergi, begitu besar kemendungan awan dihati ku. Aku bertanya dengan seribu satu persoalan. Aku menitiskan air mata. Mengalir ke benak hati ku. Memangkah aku tak layak mempunyaiteman? Atau aku ini memang langsung tidak boleh memiliki teman. Seribu bahasa yang tidak ku fahami dan aku perlu menterjemahkan untuk mengubat hati. Disini, di tanah yang ku pijak, aku mendongak keawan, memejam mata, menarik nafas...

“BAAANNNGGGGGGGGG!!!!!”

Gelap dunia ku. Aku cuba membuka mata. Hanya dapat ku lihat sepasang lampu kenderaan berada dihadapan ku. Aku terkulai layu diatas tar itu. Aku tidak mampu membuka mata. Tiada tenaga yang tinggal selepas pelanggaran itu. Hitam pandangan ku. Aku hanya mendengar tangisan dan esakan seorang gadis. Aku cuba membuka mata. Namun gagal. Terbayang wajah ayah bonda, sahabat karb ku. Dan.... si’Dia’.....

Adakah ini peng akhiran ku? Mat popiah.... kau di mana? Tolong kejutkan aku.. tolong kejutkan aku dari mipi yang menakutkan ini... tetapi, walau sekuat mana jiwa ini mronta, aku tetap tidak mampu membuka mata.....

Bersambung episode 5

Sunday, October 25, 2009

Popiah the Series -Episode 3

Di dalam perjalan pulang dari hospital, kejadian ngeri yang tidak disangka-sangka berlaku. Aku dikejutkan dengan jeritan Zul yang berada di tempat duduk belakang bersama Aisyah. Proton wira hijau 1.3GL ku itu menggelusur di tepi jalan. Zul mengalami gegaran otak ataupun dikenali juga trauma meditasi yang ama kritikal. Aku bergegas kembali ke hospital untuk menghantar Zul. Zul dirawat hampir 10 jam. Kemudian doctor mengesahkan dia kembali koma. Aisyah menitiskan ar mata tanpa henti. Hendak ku pujuk, tetapi air mata ku turut mengalir juga.

Terngiang-ngiang kembali kenangan kami bersama sewaktu zul memantu aku mencari air. Proton Wira 1.3GL ku terpaksa berhenti kecemasan apabila radiatornya bocor. Zul yang baru bangun dari tidur terpaksa mencari air di tengah-tengah hutan. Kami baru saaja pulang melawat ibu Zul yang sakit di Perlis. Zul mengutip botol-botol air, hasil bekalan perjalanan kam dan terus menuju kearah bunyi anak sungai. Selang beberapa minit, kedengaran suara Zul meminta tolong. Aku berlari sepantas yang boleh untuk mencari punca masaalah yang dihadapi olehzul. Dalam semak samun hutan, aku melihat Zul berlari menuju kearah ku.

“Lari Razif!”

Zul memekik dengan lantangnya. Tiba-tiba aku terlihat sesuatu mengejar Zul. Apabila aku mengenalpasti apa yang dikejar, aku pun turut serta lari bersama razif. Rupa-rupanyaZul dikejar ‘Babi Hutan’. Menyesal pula aku menyertai larian marathon hutan ini. Kami berlari sepantas kilat dan menuju kekeretaku. Sesampai kami ikereta, aku terus mengunci kereta. Aku bertanyakan kepada Zul tentang air yang dicari, katanya dia dengan tidak sengaja membaling air itu kearah ‘lembu pendek itu’. Dengan tidak sengaja juga aku mengetuk kepala Zul kerana kelembapan pemikirannya. Setelah haiwan itu pergi. Kami keluar dari kereta. Aku membuka bonet belakang, dan memndapati ada segelen air untuk kecemasan yang aku telah sediakan sebelum bertolak dari Johor. Tiba-tiba, kepala ku diketuk oleh Zul. Katanya kerana kelembapab pemikiran aku.

Setelah diisi air, kami bertolak mencari bengkel berhampiran. Aku berurusan dengan mekanik mengenai harga. Apabila ku kekereta kembali, aku mendapati Zul sedang nyenyak tidur. Aku memahami keletihan beliau.

Tiba-tiba telefon Zul berdering. Zul menjawab dengan Serius. Tiba-tiba berlinang air mata berliau. Dia mengatakan Bondanya telah pergi ke Rahmatullah beberapa saat yang lepas. Kami bertolak ke perlis kembali bagi menghadiri upacara pegkebumian. Rasa sebak didada mendengar berita itu. Aku yang hanya orang luar dapt merasakan kesedihan yang ditaggung leh Zul. Zul adalah anak harapan keluarga beliau kerana dia Anak Sulung. Adik-adiknya masih bersekolah. Dia perlu menamatkan pengajiannya dengan cemerlang untuk mendapatkan kerja yang bagus bagi meneampung perbelanjaan adik-adiknya di masa hadapan.

Begitulah harapanku agar Zul selamat dibilik bedah. Aku Rela melakukan apa sahaja, agar Zul dapat Pulih kembali. Malam itu sungguh sunyi diperkarangan Hospital. Hanya kedengaran esak tangisan aku dan Aisyah. Harapan kam ketika itu hanyalah mahu yang terbaik untuk zul. Zul dan popiahnya adalah sesuatu yang unik, dia perlu meeruskan kehidupannya. Untuk keluaga, dan teristimewa, Aisyah, cinta hatinya.....

Bersambung Episode 4

cara menggabungkan gambar



Cara menggabung gambar


Pada tutorial Photoshop ini akan saya bahas tentang cara menggabung gambar. Penggabungan gambar yang dimaksud di sini adalah gambar yang nampak melebur satu sama lain di salah satu sisinya.

Ada beberapa cara / tehnik dalam Photoshop yang bisa digunakan untuk membuat efek penggabungan seperti ini. Misalnya seperti saat menggunakan photomerge, atau feather. Yang akan saya bahas dalam tutorial ini adalah yang menggunakan layer mask.
Langkah penggabungan gambar dengan layer mask

Langkah 1
Bukalah sebuah gambar dengan Photoshop (File > Open).

Langkah 2
Pastikan bahwa merupakan sebuah layer yang tidak terkunci (bukan layer Background). Misalnya seperti pada gambar dibawah ini.


Lihat pada palet layer, jika di sebelah kanan dari nama layer nampak gambar gembok / kunci, berarti layer itu dalam kondisi terkunci (biasanya selalu ada pada layer background).


Untuk menghilangkan gambar kunci tersebut, caranya dengan melakukan klik 2 kali pada nama layernya. Kemudian klik OK pada kotak dialog yang muncul. Secara default, nama layernya akan berubah menjadi layer 0 (bisa juga namanya Anda ganti sendiri).



Langkah 3
Kita akan membuat penggabungan gambar, maka pastikan dalam file yang sedang Anda kerjakan ada dua buah layer gambar. Jika baru ada satu gambar? Ya buka dulu gambar lain, kemudian masukkan ke file yang kita kerjakan dengan move tool.

Langkah 4
Pilih layer yang posisinya di atas, kemudian klik icon Add Layer Mask ( letaknya di sebelah bawah pada palet layer).


Langkah 5
Pilih Gradient tool di toolbox Photoshop. Kemudian di Option bar, pilih warna gradasi hitam putih.

Tutorial menggabung gambar 3
Langkah 6
Klik dan geser pointer gradient tool tadi pada gambar Anda. Jika hasilnya kurang sesuai, ulangi lagi langkah klik dan gesernya. Tidak perlu di-undo dulu, karena langkah pembuatan warna gradasi ini akan langsung menimpa langkah sebelumnya.


Mudah kan. Variasikan juga dengan arah gradasi yang berlawanan. Jika tadi membuat gradasi dari kiri ke kanan, coba sekarang dari kanan ke kiri. Hasilnya adalah bentuk transparan yang berbeda. Kenapa bisa begitu? Coba baca prinsip penggunaan layer mask pada artikel tutorial yang ini.

Pada option bar, selain gradasi mode Linear, ada juga bentuk Radial, Angle, Reflected, dan Diamond. Bentuk-bentuk ini bisa digunakan untuk membuat variasi gradasi yang lainnya.

Popiah the Series -Episode 2

Bunyi siren ambulan membangkitkan aku dari lamunan di alam maya. Sejarah dan kenangan silam secara sendiri akan merasap membawa aku terbang melayang apabila aku melihat kasih aisyah. AH! Aku mengelamun begitu lama sehingga aku terlupa untuk membayar bil hospital Zul yang kemalangan bersama popiahnya. Zul adalah sahabat baik ku. Aku memilhnya sebagai sahabat kerana dia amat komited dalam setiap kerjanya walaupun dia amat pelik sedikit perangainya.

Sebagai rakan, aku membantunya untuk pulang kerumah kami. Aku mengangkatnya ke kerusi roda. Kemudian Aisyah pula menolak kerusi roda itu untuk keluar dari hospital. Dia seperti tak member ku peluag untuk membantu rakan baik ku iu. Katanya dia mahu jaga Zul sehingga sembuh. Aku menegahnya. Kerana kami duduk dirumah bujang. Tak manis dipandang orang.

Aisyah, nama isteri kedua Nabi Muhammad s.a.w. Sesuci hatinya, begitulah tatatertibnya. Pada pertemuan pertama Zul dan Aisyah, mereka langsung tidak sefahaman. Tiada toleransi dan kata setuju antara mereka. Zul, rakan-rakan kolej ku menggelarnya ‘Mat Popiah’. Gelaran itu langsung tidak igemari oleh Aisyah. Jika teman-temannya mengeluarkan gelaran itu dia akan memarahi mereka dan member amaran agar mereka tidak menggelar Zul begitu lagi. Aku hanya memerhatikan perangai Aisyah yang begitu ketara mempertahankan Zul. Ketika aku melihat Aisyah duduk sendiri di pondok rehat para pelajar. Aku menegurnya seperti biasa dan duduk di hadapannya. Aku mengajukan pertanyaan yang selama ini bermain difikiran ku. Aisyah mengakui menyimpan perasaan terhadap Zul selepas peristiwa istimewa mereka. Zul menyelamatkan beg tangan Aisyah yang diragut berhampiran kawasan kolej kami. Au memberitahu Zul tentang perasaan Aisyah dan Zul sendiri menyimpan perasaa yang sama. Begitulh kisah cinta mereka. Aku? Tiada kisah untukku....

Bersambung episode 3..

Friday, October 23, 2009

ape ygade dlm icebox aku..

dlm ice-box, aku akan pastikan ada:

1. ice cube (at least 2 packets)
2. cheese (kraftsingle shj)
3. carbonate drink(coke, 100+, pepsi)
4. snack (twisties)
5. plain water
6. cup cakes
7. oral aid
8. fruits

mentari

kau kembali meninar hari ni,
memberi semangat baru pada diriku,
begitu besar budi mu,
memberi haba tiap waktu,
agar terhidrat diri ku,
memastikan kesihatan terjamin,
dari zahir dan batin,
melengkapkan putaran waktu,
kurniaan yang maha satu.....

Popiah the Series -Episode 1

Pagi menjelma lagi. Aku bingkas bangun untuk melaksanakan tanggung jawab harian. Hati berdebar, bagai sesuatu terjadi semalam. Berlari laju ku ke talifon apabila mendengar deringannya.

“hello, boleh saya bercakap dengan encik Razif?”

“Encik Razif bercakap.”

“saya ada berita mengejutkan untuk encik, kawan encik mengalami kemalangan yang teruk dan kami tidak dapat menghubungi keluarganya.”

Terdiam aku seketika mendengar perkhabaran itu. Lantas aku menghubungi kekasih Zul, Aisyah yang sepatutnya keluar bersamanya semalam. Aku terus menghubuni keluarganya diperlis untuk mereka mengetahui keadaan anak mereka di Johor.

Aku bergegas ke Hospital Sultanah Aminah untu mengetahui apa yang terjadi. Apabila sampai disitu, aku diberitau bahwa raka ku itu kekurangan darah d perlu bantuan darah dari orang lain. Darahnye adalah B+. Dia bernaib baik kerana darah kami adalah sama.

Selang beberapa hari, Zul kembali sedar dari koma. Aisyah yang berada disebelahnya menghujani wajah Zul dengan air matanya. Ternyata Aisyah seorang yang tabah dan begitu agung cintanya. Aku perhatikan dia tidak pulang kerumah selama 10 hari hanya kerana mahu menjadi orang pertama dilihat Zul apabila dia sedar dri koma.

Tindakannya itu membuatka aku berasa cemmburu. Zul yang kemalangan disebabkan sifat tamaknya dan begitu optimis dengan ‘popiah’ begitu bertuah kerana didampingi seorang yang jelita. Aku yang baru berpisah dari kisah cinta mula merasakan sifat cembuuku terhadapnya.

Aku seorang yang amatt memerlukan kasih sayang seorang wanita. Wanita itu mestlh dari plihan ku sendiri. Aku mahu dibelai manja dan di beri penuh kasih sayang. Kehidupan dikolej amat membosankan dengan ragam para pelajar yang hanya mahu berpoya-poya sahaja. Aku yang mula merasa sunyi kini bertemankan sebuah kereta yang mampu menghilangkan keboanan ku. Setiap dui pinjaman pelajaran aku salurkan dan dilaburkan keatas keretaku. Pada ku kelajuan mampu menghilangkan masaalah.

Semester baru bermula lagi, aku datang agak lambat kerana semalaman aku tidak melelapkan mata. Tugasan hari pertama amat meletihkan. Apabila selesai tugasan, aku memecut keretaku ke satu destinasi yang iberiau Zul semalam. Sesampai di sekudai, aku mencari gerai popiah yang zul katakana. Katanya penjual itu mempunyai sejarah peniagaan yang kukuh untuk aku mengkajinya. Apabila sampai, aku mendapati permis itu tutup. Mungkin sedang bercuti. Apabila aku berpaling, aku mendapati seorang yang aku amat kenali sedang menaiki teksi. Seseorang yang penah mengenggam kasih sayang ku itu berlalu pergi dengan teksi untuk ketempat kerjanya. Hajat dihati ingin ku mengekorinya, tetapi aku sedar dia bukan milikku lagi.

Malam ini sungguh membosankan. Aku ditipu oleh rakan kolej ku. Mereka mengatakan ada kecemasan. Tetapi tujuan mereka hanya mahu aku membawa mereka berjalan-jalan. Aku turuti kehendak mereka. Setiba di Seri Alam, aku memberhentikan kereta di sebuah tapak permanan kanak-kanak. Rakan-rakan ku itu semua membawa kekasih masing-masing untuk menikmat malam yang indah itu. Aku menuju kesebuah buaian yang berada jauh dari mereka. Dari jauh ku memerhatikan mereka. Teringat ku kembali ke masa sebelum ku berpisah dengan perasaan cinta. Keadaan yang sama ketika itu, aku diatas buaian menghubungi si’dia’ yang sudah lama tidak kuhubungi kerana si’dia’ terlalu sibuk dengan kerjanya. Si’dia’ menjawab panggilan ku, tetapi dia seperti teralu sibuk dengan pekerjaannya. Aku menamatkan perbualan ku itu kerana kasihan kepadanya. Lamunan ku terhenti apabila di tegur oleh seorang anggota polis. Apabila ku menoleh, aku melihat rakan baik ku yang berpakaian segak anggota polis sedang membuat rondaan. Aku memberitahunya bahawa rakan-rakan ku itu diawah pengawasan ku itu. Ketika itu aku adalah ketua pemuda cawangan perumahan yang aku diami bersama keluarga. Aku dikenali badan-badan koprat dan anggota-anggota kerajaan. Jadi mereka amat mempercaya aku. Tepat jam 11, aku memanggil rakan ku untuk pulang kerana esok hari adalah giliranku untuk menjaga makmal komputer.

Bulan Ramadhan kembali lagi. Kali ini aku seperti biasa membuka gerai di bazaar ramadhan. Semua tahu apabila aku yang membuka gerai mesti jualannya adalah popiah. Sebenarnya bukan aku yang meminati popiah. Tetapi zul. Atas permintaannya, aku berkongsi modal dengannya untuk membuka gerai popiah. Ramai juga yang datang. Gerai kami dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Ramai juga yang menggilakan popiah. Bukan Zul seorang. Setelah hampir sebulan kami berniaga, kami memutuskan untuk menutup perniagaan pada 27 Ramadhan. Hari Raya kini kian menjelma. Aku yang duduk dirumah bujang bersama Zul mengemas rumah dan menghiasi sempena menyambut Hari Raya. Tiba-tiba aku menjumpai sepasang baju kurung yang sepatutnya aku bei kan kepada N untuk dipakainya di Hari Raya. Aku menempah baju raya yang sama kainnya tanpa pengetahuannya. Tetapi apakan daya, jodoh ku tiada...........




Bersambung ke episode 2

Fantasi vs Realiti

Fantasi : kalau aku besama si dia

Realiti : x mngkin terjadi

Fantasi : dia merindui ku

Realiti : jauh panggang dari api

Fantasi : dia berada disisi

Realiti : jauh dari pandangan

Fantasi : dia datang kepadaku

Realiti : dia pergi dari ku

Fantasi : dia belai wajah ku

Realiti : dia mengelak dari ku

Fantasi : dia tahu aku menanti

Realiti : dia pergi menghilang diri

Fantasi : dia kucup didahi

Realiti : semua itu fantasi...............................

Thursday, October 22, 2009

selimat tinggal sang bintang..

Puteri kayangan puteri bagsawan,

Menagih kasih tidak kesampaian,

Datang kumbang membawa harapan,

Kera dihutan sedih berpanjanan.


Mendera hati kasih yang hilang,

Terpukau mata tidak dipandang,

Puteri disanjung kian menghilang,

Hati kecewa kian mendatag.


Rela hati membawa pergi,

Pergi berlari membawa diri,

Bersembunyi dibalik baying sendiri,

Hati yang parah memakan diri.


Kaki berjalan mengundah keletihan,

Letih mendaki gunung harapan,

Harapan yang musnah bersama perasaan,

Tidak mengguna akal fikiran.


Puteri yang hilang dimata,

Pergi jauh menemui bahgia,

Aku disini hanya beduka,

Biarkan puteri temui jodohnya.


Hanya aku terdiam disini,

Mengenang rasa dan nasib diri,

Si dia kini telah pun pergi,

Hanya tinggal sekeping memori.


Kuurut hai yang parah,

Tiada sedih mahupun marah,

Kepanjatkan ibadah ditikar sejadah,

Biar ku binasa aku tak kisah.


Pergilah kau pergi puteri,

Carilah kebahagiaan mu serata negeri,

Walaupun kau tiada disisi,

Namamu selalu terpahat dihati.



Didedikasikan kepada bintang hati yang kian jauh dipandang..

si'DIA'

Semalaman aku duduk termenung melayan perasaan. Melayan perasaan gundah gulana yang kian meracau di dada. Aku seperti hilang arah tujuan dengan memikirkan sesuatu yang mustahil bagi diriku. Sesuatu yang aku sendiri tahu jawapannya. Jawapan yang akan mengecewakan diri.

Memahami si’DIA’ yang aku tahu dia kini berpunya. Satu persatu huruf L.O.V.E kian padam dihatinya untuk ku. Aku mengalami trauma yang kian menggigit hati bak parasit memamah tanah. GILA aku menanti si’DIA’, gila aku merindui si’DIA’, gila aku mengharap si’DIA’, ku tahu tidak akan terjadi semula percintaan itu. Putih mata sang serigala melihat ayam serama dilarikan. Rabak hati sang penagih kasih menempias Qasidah diri.

Wajah indah si’DIA’ membawa perasaan bahgia dihati ku. Tatkala berjumpa dengannya, tidak ku lepas tangannya kerana ku tahu aku hanya ada malam itu untuk aku memujuk hati ku ini yang aku tidak akan memilikinya lagi. Ku tidak lepas peluang menatap wajahnya sebelum pertemuan kami berakhir. Ku renung raut indah wajahnya, ia terlalu indah untuk ku. Terlalu indah hingga aku sdari, aku tidak layak berdamping dengannya.

Timbul perasaan malu bila terfikir apa yang terjadi malam itu...

Aku tidak tahu apakah tindakan aku itu bolh diterima akal..

Apakah salah aku mahu memujuk hatiku?

Apakah aku ini terlampau mengikut kan perasaan?

Aku kini mengerti apa yang dimaksud muhasabah diri. Berat hati ku menerima kenyataan. Tapi demi si’DIA’, aku sanggup mengundur diri.......

Airmata yang jatuh ku sapu dengan seribu harapan agar si’DIA’ bahgia bersamanya.....