Mickey Monster official blog »

Sunday, October 25, 2009

Popiah the Series -Episode 2

Bunyi siren ambulan membangkitkan aku dari lamunan di alam maya. Sejarah dan kenangan silam secara sendiri akan merasap membawa aku terbang melayang apabila aku melihat kasih aisyah. AH! Aku mengelamun begitu lama sehingga aku terlupa untuk membayar bil hospital Zul yang kemalangan bersama popiahnya. Zul adalah sahabat baik ku. Aku memilhnya sebagai sahabat kerana dia amat komited dalam setiap kerjanya walaupun dia amat pelik sedikit perangainya.

Sebagai rakan, aku membantunya untuk pulang kerumah kami. Aku mengangkatnya ke kerusi roda. Kemudian Aisyah pula menolak kerusi roda itu untuk keluar dari hospital. Dia seperti tak member ku peluag untuk membantu rakan baik ku iu. Katanya dia mahu jaga Zul sehingga sembuh. Aku menegahnya. Kerana kami duduk dirumah bujang. Tak manis dipandang orang.

Aisyah, nama isteri kedua Nabi Muhammad s.a.w. Sesuci hatinya, begitulah tatatertibnya. Pada pertemuan pertama Zul dan Aisyah, mereka langsung tidak sefahaman. Tiada toleransi dan kata setuju antara mereka. Zul, rakan-rakan kolej ku menggelarnya ‘Mat Popiah’. Gelaran itu langsung tidak igemari oleh Aisyah. Jika teman-temannya mengeluarkan gelaran itu dia akan memarahi mereka dan member amaran agar mereka tidak menggelar Zul begitu lagi. Aku hanya memerhatikan perangai Aisyah yang begitu ketara mempertahankan Zul. Ketika aku melihat Aisyah duduk sendiri di pondok rehat para pelajar. Aku menegurnya seperti biasa dan duduk di hadapannya. Aku mengajukan pertanyaan yang selama ini bermain difikiran ku. Aisyah mengakui menyimpan perasaan terhadap Zul selepas peristiwa istimewa mereka. Zul menyelamatkan beg tangan Aisyah yang diragut berhampiran kawasan kolej kami. Au memberitahu Zul tentang perasaan Aisyah dan Zul sendiri menyimpan perasaa yang sama. Begitulh kisah cinta mereka. Aku? Tiada kisah untukku....

Bersambung episode 3..

0 tukang kutuk: