Mickey Monster official blog »

Tuesday, March 29, 2011

PeLik DenGan PeRanGai LelAki?

Ok girls, this is special for you!

So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?


True enough many man, makes women became 3 things... confused, confused and yes confused!

The truth ...LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…

Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, -minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!

Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! )

Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically...

Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu. IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! Hehe

Tuesday, March 22, 2011

my words~

Photobucket


~miCkey

Saturday, March 19, 2011

I need a day without stress.....

xde idea nk tulis.





~mickey

Friday, March 18, 2011

Thanks for the Bullet Proof Vest

Permulaan hari ini agak suram dek kerana tembakan bertalu-talu yang aku kena lalui semalam. Aku hanya duduk termenung, tidak bertegur sapa, dan hanya menghadap monitor tanpa tahu apa yang aku sedang laku kan. Pelik kan? Memang inilah aku jika dilanda masaalah. Atas penghinaan semalam, aku mudah rapuh dah goyang. Lemah betul manusia yang cetek imannya ni kan? Jam menunjukkan pukul 11.45 pagi, aku dah menghidupkan enjin kereta, terus pulang kerumah. Aku berkurung didalam bilik bertemankan FB sambil menanti waktu solat Jumaat. Bertalu2 kata-kata kesat aku luahkan di FB hanya untuk menenagkan hati ini. Aku kemasjid untuk menunaikan kewajipan seorang islam. Aku terkejut dengan kebesaran Allah yang maha Esa. Seperti "Dia" ingin memujuk hati yang sayup ini. Tajuk Khutbah hari ini adalah "Penghinaan". Bagai hendak menangis rasanya didepan mimbar yang gah lagi teguh melambangkan Islam yang teguh. Setiap kata-kata khatib yang membaca khutbah itu bagai memujuk hatiku, membisik kan kepada ku bahawa ini adalah dugaan daripadanya. Ayat yang dibaca khatib yang paling aku ingat "Sesiapa pun tidak layak menghina atau mencaci ketentuan Allah yang maha Esa, sama ada dari segi sindiran, Teks, Lukisan, Perbuatan dan lain-lain", "Ketahuilah kamu, Kelebihan yang diberikan Tuhan itu sesungguhnya bukan untuk kamu menghina mereka yang serba kekurangan, bahkan ia adalah sebenarnya berbentuk ujian untuk kamu mengawal kata-kata, perbuatan atau apa saja agar tidak digambarkan sebagai penghinaan". Alhamdulillah, selepas mendengar khutbah tadi, aku kembali tenang, mudah untuk berfikiran rasional. Ya Allah, Sungguh besar Rahmat mu buat diriku ini.

Thursday, March 17, 2011

me, bullet proof, no

BERDESING!! telinga aku bila orang mempertikaikan taraf hidup aku. Bertambah berdesing bila orang yang aku tidak sangka-sangka akan mengeluarkan perkataan tu dari mulut dia. Panas hati ni. Kesabaran aku pun ada batasnya. Tapi kalau difikir-fikirkan, memang la betul ape yang diperkatakannya. Tapi, apa yang aku tertembak tadi berbau penghinaan. Aku sedar taraf aku dimana sekarang. Tak mengapa, lepas ini aku nak bekerja siang malam, banting tulang. aku nk campak harta depan mata siapa yang pernah hina aku. its my "Humiliated day!!" shit!!


Saturday, February 26, 2011

BiSikaN sYaiTan!!!

BiSiKaN

Hurm... Posting ni saja untuk luahkan rasa hati. Harini nk masuk hari Ahad, iaitu hari rehat aku. Tapi pada aku sama saja. Apa yg bermain difikiran ku sama saja. Pabila hari gaji, org lain boleh menarik nafas lega, tapi pada aku, hanya berkerut dahi bermuram durja. Kenapa? Masing-masing ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan. Tanggung jawab yang tak tertanggung rasanya apabila aku berkerja macam nak gila, teyapi hasilnya tidak seberapa. Aku bekerja untuk siapa? untuk bangsa korea yang mengerah tenaga melayu dan hanya membalas tenaga dengan bayaran sebesar kuman. Semua penduduk membayangkan aku bekerja di sebuah firma yang GAH namanya disini dengan gaji yang lumayan. Hakikatnya, hanya pekerja di firma itu sahaja yang tahu betapa cemerlangnya propaganda politic yang berlegar disitu. bangsa lain memamah bangsa yang kurang berkuasa. Aku adalah salah satu mangsa kekejaman dan kezaliman penjabul hak asasi manusia itu.

Kerajaan... Kerajaan telah berjanji mewujudkan badan khas untuk mengkaji sistem penggajian dikalangan sektor swasta. Tetapi, adakah kerajaan akan mewujudkan sistem itu? banyak persoalan yang berlegar-legar berkenaan isu ini. Sebabnya, Pihak swasta inilah sebenarnya majikan kerajaan. Kenapa? kebelakangan ini kita dengar KDNK negara kita meningkat dengan kadar yang cemerlang. Darimana pencapaian ini datang? dari pihak swasta bukan? Jadi, patutkah saya menggelar sektor swasta ini majikan kerajaan? Memang patut. Dan tidak mungkinlah pejkerja akan menunjuk hala tuju untuk majikannya. Aku bukan lah menggungkit hal politik. apa yang aku gambarkan disini bukanlah menyatakan aku ni di pihak parti pembangkang. Sebab mereka pun akan melakukan perkara yang sama. Mungkin mereka menjanjikan perkara yang kerajaan pusat tidak pernah syorkan. But, believe me, this is how the system does. pihak mana pon yang mentadbir, perkara sama juga yang akan timbul. Politic sekarang memang tak boleh percaya. Pelik, masih ada pakcik-pakcik yang di warung kopi sana sibuk berbalah mengenai parti maasing-masing, lebih baik duduk kat surau, tambah pahala banyakk-banyak. Dalam TV pon ada cakap "Undi anda adalah rahsia", so, tak payah la nk over sangat.

Berbalik pada topic asal, aku sebenarnya dalam dilema. Gaji yang tak seberapa ni buat aku rasa macam nk cari kerja lain. Tapi bila fikirkan kekejaman majikan aku ni, buat tambah sakit kepala. Kontrak kami dengan majikan menyatakan kami perlu menghantar surat perletakan jawatan 2 bulan awal. Cuba bayangkan, ada tak majikan lain diluar sana mahu menunggu 2 bulan untuk aku masuk kerja kat tempat diorang. Memang kerja gila. This is how the politics do it.

Plan
aku ke pangkor tetap aku teruskan. Ramai yang membangkang. Diorang cakap tak payah pegi, suruh aku simpan duit. Tapi aku fikir balik, tak kan la aku tak pegi. mmg la gaji aku tak seberapa. klau aku tak pegi, sampai bila-bila la aku tak pegi. Pening fikir pasal hidup. Yang kat luar tu, Klau tgh study, study lah elok-elok. Dunia sekarang bukan macam zaman mak bapak kita dulu. Dunia sekarang penuh denga tipu muslihat. Gain ilmu banyak-banyak. Gain pengalaman banyak. Semoga kita dapat rasa nikmat hidup didunia ni dengan keredhaan yang maha Esa. Amin.


Tukang karut ~ miCkey

Thursday, February 17, 2011

3 SeTan beRseDia Ke PangKor!!

Photobucket

Wednesday, February 16, 2011

Tabik lah Dr.M!!!


hurm.... perbalahan pendapat antara tokoh ternama malaysia...

isinya seperti berikut....



JAWAPAN KEPADA NIK AZIZ

oleh Dr. Mahathir bin Mohamad pada pada 16hb Februari 2011 pukul 11.45 pagi
1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Satria Neo Crews

just posting beberapa gmbr riadah kami.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


~miCkey

AKHIRNYA!!!

Tahun baru.. smua suka apabila menjelang tahun baru kan? pada aku, tahun baru ni lah yang memenatkan.. kenapa? sebab kerja menimbun.. sekarang, cuti am dah berkurang. Aliran kerja pon dah semakun ke par normal. Apa yang aku harapkan, dapat cari kerja baru yang lebih baik dari sekarang. kerana segala tekanan, mungkin hanya aku seorang yang rasa.


thats the answer ~ miCkey

Saturday, February 12, 2011

MERAH pink JAMBU

MERAH pink JAMBU

“WakLU!!! “

Perkataan yang dikeluarkan dengan lantang oleh Rashid apabila rakan karibnya, Joe memberitahu yang dia telah memutuskan pertunangan. Rashid yang merasa bengang terhadap tindakan rakan karibnya itu terus beredar dari ruang tamu mereka.

Di bilik, Rashid memikirkan apa punca sebenarnya terjadi kepada Joe sehingga membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan. Ini bukan pertama kali dia berbuat begitu. Terlintas hatinya untuk menghubungi Ina, bekas tuning Joe.

“Hello, Rashid ke tu?”

“Ya ina, Rashid ni. I harap U dapat control perasaan U. I nak tamya sikit, apa punca semua ini berlaku? ”

“Joe… Dia dah tak macam dulu..”

“Maksud Ina?”

“kami dah tak macam dulu. Dia macam dah tak suka ina lagi. Sejak dia merubah imej dia, gaya dia, ternyata dia berubah sepenuhnya. Takkkan lah menjadi lelaki maskulin kena buat Ina macam ni.”

Rashid terdiam seketika. Dia juga tahu perubahan yang berlaku terhadap Joe semenjak dia memasuki arena maskulin ini. Perubahan seperti pakaian menjadi sendat sedikit, Minyak wangi wanita Chanel no.5, yang paling penting skali cara Joe bercakap, memang berubah sepenuhnya.

“Rashid, are you still there?”

“Sorry Ina, I just think what you’ve said before. Its ok Ina, I’ll try my best to find the answer. Bye.”

“Thanks Rashid. Bye”

Rashid berjalan menuju ke bilik Joe,. Perlahan Rashid membuka pintu, dintipnya melalu bukaan pintu yang sempit. Dengan perasaan terperanjat, Rashid terus membuka pintu itu seluas-luasnya. Ternyata bilik Joe dipenuhi dengan warna merah jambu. Bertambah kehairanan apabila gambar Rashid penuh disetiap sudut ruang bilik Joe.

“Rashid.”

Terdengar suara Joe menegurnya dari belakang

“sekarang mungkin kau dah tau” sambung Rashid.

“Tau apa?”

“Yang aku sayang kau Rashid.”

“APA???!!!!!!!!!!”





lelaki sejati ~ miCkey

Friday, February 11, 2011

Ambik Kau!!

susah klau ada yang pentingkan diri sendiri. Aku dapat email dari kenalan ku yang mengandungi gambar sebuah kereta yang menghalang hadapan kereta kenalan ku itu.. Nak tau apa yang jadi?

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

tukang gelak,
miCkey

Thursday, February 10, 2011

Wah.. Semuanya Terbaik!!!

Pantun Mu Pantun Ku Jua

Planning nak ke Pulau Pangkor awal bulan 3 ni dh buat kawan2 aku excited gile... dari pagi borak pasal pangkor, wat budget la, mcm2... yang pling best, wat pesta pantun.. hahaha...






~miCkey~

Wednesday, February 9, 2011

MoMok

cerita hari ini.. Cerita hantu.. Seram ke??
hahahha

Perempuan kencing berdiri, Lelaki Kencing berlari

Aku rase dah lama jugak aku tak gunakan kemudahan "Stand toilet bowl". Lelaki melayu ramai tak suka guna sebab takut tepercik dan kena kat seluar. Nak sembahyang kang kotor pulak. Tapi bertambah pelik la kalau perempuan pulak yang gunakannya, hahaha...



miCkey

Maju Bangsa Ku





AKu taknak kata apa2 dalam posting ni, sebab aku tanpa malu dan segannya menayangkan gambar ni tanpa marble kan muka diorang. Diorang nak 'fame', diorang dapat.. apa yang kat kotak fikiran korang, itu yang aku nak tulis sebenarnya.



yang ras nak tulis ke tak,
~miCkey~

Fasha, Nak rokok sebatang!!!



orang kate dia cun, tapi x la cun mane pon.. tgk perangai, lagi la tak cun....


kaki kutuk,
MiCkey

Rebecca Nur Islam, mencemar Islam

WOWW!!! terbeliak mate tgk gambar ni.. Haha.. modern btol artis sekarang ni, baju selagi boleh terdedah, confirm terdedah. yang pendek, nak dipendekkan lagi. yang lurah, melurahkan lagi. Tapi tu hak individukan, suke hati dia la nak pakai apa, tapi yang x berapa nk sedap kat sini, nama "Rebecca Nur Islam tu macam x sesuai je. Tukar la nama tu. xpayah nk komersialkan nama macam tu kalau luaran x macam tu.

Gary Moore Found Death at Hotel!!


alamak.. Dah sampai ajal rupanya gitaris antara yang terbaik kat dunia ni. yang kaki layan blues mesti setuju klau dia dinobatkan sebagai best blues player ever. tempat kedua kita letak santana, haha.. tapi dia ni mati x tau apa sebab. aku scan kan keratan akhbar untuk korang baca.





miCkey still got blues for you~

Tuesday, February 8, 2011

Demam oh Demam..

aduh... badan x sedap.. bahaya btol demam yang x kebah ni... satu hari suntuk teguk 100+.. klinik dh bekali2 pegi.. kepala berat semacam je...apa ye petua nak hilangkan panas dalam? orang tua2 kata, minum air asam jawa, ade yang cakap minum air barli, ade yang cakap jugak minum cincau, ade yang cakap jugak minum air kelapa... tapi tu se mua aku dah tibai.. takde semangat nk buat apa2 klau demam berpanjangan.. klau zaman sekolah dulu, confirm balun MC memanjang.. Tapi Zaman Kerja ni plak, sape yang MC, bonus perfact attendance takdapat.. nak taknak, datang la kerja jugak.. tapi bahaya jugak.. klau pengsan kat tempat kerja, kan lagi menyusahkan orang......























MiCkey

Monday, February 7, 2011

LoVe

what’s love??love is what make the world go round
love can lift you up, it can tear you down
love is a sweetest joy, the deepest pain
love id effortless, needs work to maintain
love can make you stupid, luv can turn you dumb
make you forget where you at, where you come from
love it’s a many splendid thing
love can be forever or just be a fling
love can began with a smile
love between a mother and her child
between siblings, love between friends
the power to heal hearts, to make amends
love filled with laughter, end in tears
fear can stop your love, love can stop your fears
love the one above, make you stand tall
one love, it’s all love, love one, love all

The Journey

The morning sea of silence broke into ripples of bird songs;
and the flowers were all merry by the roadside;
and the wealth of gold was scattered through the rift of the clouds
while we busily went on our way and paid no heed.

We sang no glad songs nor played;
we went not to the village for barter;
we spoke not a word nor smiled;
we lingered not on the way.
We quickened our pace more and more as the time sped by.

The sun rose to the mid sky and doves cooed in the shade.
Withered leaves danced and whirled in the hot air of noon.
The shepherd boy drowsed and dreamed in the shadow of the banyan tree,
and I laid myself down by the water
and stretched my tired limbs on the grass.

My companions laughed at me in scorn;
they held their heads high and hurried on;
they never looked back nor rested;
they vanished in the distant blue haze.

They crossed many meadows and hills,
and passed through strange, far-away countries.
All honor to you, heroic host of the interminable path!
Mockery and reproach pricked me to rise,
but found no response in me.

I gave myself up for lost
in the depth of a glad humiliation
in the shadow of a dim delight.

The repose of the sun-embroidered green gloom
slowly spread over my heart.
I forgot for what I had traveled,
and I surrendered my mind without struggle
to the maze of shadows and songs.

At last, when I woke from my slumber and opened my eyes,
I saw thee standing by me, flooding my sleep with thy smile.
How I had feared that the path was long and wearisome,
and the struggle to reach thee was hard!

~Mickey

HoliDay YaNg Tak BeRapA NaK HoLiDaY

PENAT!! itu je yang mampu diluahkan... cuti perayaan tahun baru cina kali ini seperti sudah diramal. perit tahun lepas tersangkut didalam kesesakan lalu lintas mencabar keimanan dijiwa yang sedia tipis. planning semamangnya mahu 'dok' saje di rumah. apa kan daya, komitmen keatas keluarga perlu dijalankan. almaklumlah, bukan Photobucketsenang mahu jaga hati semua orang. Hurm, tp mungkin ada seorang yang terguris hatinya kerana aku.

Jumaat : 4.2.2011

aku mengikuti rombongan pertunangan seseorang. dia ni kira aku punye abang ipar punye anak sedara lah! perjalanan amat memeritkan (memang la, waktu tu panas terik), kereta yang meluncur di lebuh raya yang tak berapa nak berkualiti kat Malaysia ni amat 'laju la sangat' sampai meter kereta tak mahu melepasi angka 40. sambung cerita pasal pertunangan, umur sang kumbang baru masuk 23 tahun. pasangannya sebaya denganPhotobucket aku. muda kan? tapi nk bwat macam mana, ketentuan ilahi. waktu si kumbang ni mahu meluahkan hasrat hati, pakcik2 dan makcik dia confirm terkejut beruk, coz muda lagi, cukup ke duit? mampu ke tanggung anak orang? ni la common question yang orang tua2 slalu bg. diorang tak sedar ke dulu2 diorang kawen lagi cepat. tapi bila masing-masing fikir balik, terdetik di hati, "Oh.. Dia kerja kerajaan..". Haha.. Best kan kerja kerajaan, loan bersepah. tinggal tunggu waktu langsungnya pada 29.05.2011. Semoga berbahagia Abu Abdilah Mohd & Rabiatul Adawiyah.

Ahad : 06.02.2011

Hari ini, seperti telah diprogramkan di kepala otak aku, aku kena menghantar kakak aku satu family pulang ke rumah mereka di Bukit Pasir, Muar. Kepala terus terfikir Mee Bandung. bertolak dalam lingkungan 12.00 tengah hari. perut belum di isi sebab terlewat bangun. Siap mandi, buka tudung saji, nampak ayam goreng. Wow!! Breakfast ayam goreng. tapi hampa, ayam tu separuh masak. apa daa akak aku... Failed!! Bila mula perjalanan aku ternampak seseorang yang sangat penting. Tapi segan pula nak tegur. Takut luka lama berdarah kembali. seperti yang dijangka. banyak benar kenderaan di jalan raya. perjalanan ke muar tidak terganggu sangat kerana traffic agak lancar. sampai je di muar pada pukul 4.00 ptg, 15 minit selepas itu aku terus bertolak pulang, takot sesak teruk. Niat nak makan mee bandung terpaksa dibantut kan atas fakto2 masa. Aku memutuskan untuk melalui jalan kampung dari Muar ke Yong Peng. Sadis hati ini kerana melihat , masih banyak rumah yang ditenggelami air. bukan sebab hujan. Air yang melimpah adalah dari empangan berhampiran yang dibuka salirannya oleh sebab khuatir empangan akan pecah jika terlebih menampung kuantiti air yang terlalu banyak. Jalan kampung pun boleh sesak bila penuh kereta. Kebiasaanya aku hanya perlukan 15 minit sahaja dari muar hendak ke Yong Peng dengan kelajuan hanya 140kM/J. Tetapi, aku menghabiskan 1 jam untuk sampai di Yong Peng. Oleh kerana kesorangan dalam kereta, aku tidak perlu risau kan perasaan orang yang rimas dengan Photobucketasap rokok. rokok yang baru sahaja dibeli sebelum bertolak pulang, cuma tinggal 5 batang daripada 20 batang (AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN).. tak lama la jangka hayat aku. Apabila sampai je pintu masuk PLUS, belum sempat aku menarik nafas lega, azab baru menyusul. Bayangkan, jalan yang kebiasaannya 2 narisan sudah bercambah menjadi 3 barisan. sesuatu yang melucukan, dari jauh aku terlihat sebuah Honda civic berhenti di laluan kecemasan. kemas juga solekan keratanya. Dalam hati terdetik persoalaan, "takkan kereto mahal ni rosak pulak.." . apabila berdekatan dengan kereta itu, aku baru perasan, pemiliknya tengah buang air kecil. yang lagi lawak, keretanya berhenti di signboard "Hentian Machap, 500 meter". aku membuka cermin kereta dan menjerit "WOI!! TAKDE CIVIC PUNYA OWNER CIVIC!! HAHAHA".. Pemilik civic tu tros mengangkat tangan isyarat jari tengah. peramahkan orang Malaysia ni? sesampai di machap, aku berehat, sambil menunggu rakan aku yang bertolak dari felda Keratong. seseudah solat maghrib dan makan malam, perjalanan bermula semula dan aku tiba dirumah pada jam 11.30 malam. Photobucket


Dan kini aku terbongkang dikatil, Demam akibat terlalu keletihan... HELP!! HELP!! HELP!!




dipetik daripada rinititan perjalanan MICKEY

Wednesday, February 2, 2011

Sial Yang Berpanjangan

hari ni hari yang paling sial buat aku, bebelan, desakan, arahan, tugas harian semua membingitkan kepala otak aku yang sedia bingit... pernah tak rase hati ni macam berdegup pantas dan rase macam nk sepak terajang sesuatu.. hurm... satu bende je bley menenangkan hati, sembahyang.... Wasalam...




Sakit otak ~ mickey

Tuesday, February 1, 2011

KeWarAsan dibAwAh Par~

ape salah ku,
apa yang aku sudah lakukan,
hanya tiada masa untuk semua,
sudah dihukum sebegini rupa..

bagaimana aku mahu mengukir senyuman seseorang,
sedang aku berkerut dahi,
bermuram durja,
kelesuan mencari rezeki yang halal,
untuk menyambung nyawa...

adakah tidak wajar alasan aku diambil kira?
benar, tiada siapa ingin berdiri ditempat ku,
aku tahu tiada siapa yang sanggup meredhah ape laluan hidupku,
idak mengapa jika ini yang patut aku terima,
tabah hati berbekalkan redha,
ku tahu ini ujian mu, Yang Maha Esa....






Sad but true ~ Mickey

Saturday, January 29, 2011

The time

lagu ni je bley gambarkan perasaan aku hari ini...





[Will.i.am]
I've had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you

[Fergie]
I've had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you
You-you-you-you-you
You-you-you-you-you
You-you-you-you-you-you-y-y-y-y-you
Dirty bit
Dirty bit

[Will.i.am]
I-I came up in here to rock
Light a fire, make it hot
I don't wanna take no pictures
I just wanna take some shots
So come on, let's go
Let's lose control
Let's do it all night
'Til we can't do it no mo'
People rockin' to the sound
Turn it up and watch it pound
We gon' rock it to the top
Until the roof come burnin' down
Yeah, it's hot in herrre
The temperaturrre
Has got these ladies
Gettin' freakierrr

[Fergie]
I got freaky, freaky, baby
I was chillin' with my ladies
I didn't come to get bougie
I came here to get crazy
I was born to get wiiild
That's my styyyle
If you didn't know that
Well, baby, now you know now
'Cause I'm!
Havin'!
A good! Time!
With you!
I'm tellin' you
I've had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you
I've had the time of my life
And I've never felt this way before
And I swear this is true
And I owe it all to you
You-you-you-you-you
You-you-you-you-you
You-you-you-you-you-you-y-y-y-y-you
Dirty bit
Dirty bit

[Taboo]
All-all these girls, they like my swagger
They callin' me Mick Jagger
I be rollin' like a Stone
Jet-setter, jet-lagger
We ain't messin' with no maggots
Messin' with the baddest
Chicks in the club
Honey, what's up?

[apl.de.ap]
Mirror, mirror on the wall
Who's the baddest of them all?
Yeah, it's gotta be the apl
I'm the mack daddy, y'all
Haters better step back
Ladies (don't load your act)
I'm the party application
Rockin' just like that
(This is international)
(Big mega radio smasher)
'Cause I'm!
Havin'!
A good! Time!
With you!
I'm tellin' you
I-I-I-I've had
The time of my li-i-ife
And I've never felt this way before-fore
And I swear-wear
This is tru-u-ue
And I owe it all to you-ou
Oh, I-I-I-I've had
The time of my li-i-i-ow
And I've never felt this way before-fore
And I swear-wear
This is tru-u-ue
And I owe it all to you-ou
I-I-I-I've had
The time of my li-i-ife
And I've never felt this way before-fore
And I swear-wear
This is tru-u-ue
And I owe it all to you-ou
Oh, I-I-I-I've had
The time of my li-i-i-ow
And I've never felt this way before-fore
And I swear-wear
This is tru-u-ue
And I owe it all to you-ou
Dirty bit.

Friday, January 28, 2011

mAkAn MaKaN mAkAn

sempena menyambut tahun baru cina, VP finance tempat aku bekerja bermurah hati untuk belanja 5 jenis kek Secret Recepi. Thanks Mr.David!!


Wednesday, January 26, 2011

Sang bintang itu...

Dikau gemar benar melihat bintang dilangit,
beribu bintang kau jadikan saksi,
setiap bintang dijadikan lambang kasih,
setiap kasih bertaburan di galaksi,
tahukah kau itu bintang dihatiku?

Dikau gemar benar melihat bintang dilangit,
setiap malam mendongak kelangit,
mencari bintang tiga selari,
bintang yang menghala paksi kasih,
tahukah kau itu bintang dihatiku?

Dikau gemar benar melihat bintang dilangit,
katanya melihat bintang seperti melihat ku,
tidak jemu memandang sang bintang jauh disana,
cahaya yang berbeza gemerlapannya,
tahukah kau itu bintang dihatiku?


~Mickey~


Buat yang tecinta

Lagu ni banyak makna untuk diri ni.. layan......






Resah..
Ku dalam kesepian
Kini kerinduan
Dirimu, di mana gerangan
Senyumanmu sinar matamu
Hadir di dalam impian

Sunyi..
Kini ku rasakan
Inginku titipkan rinduku pada angin lalu
Ku nantikan dan ku nantikan
Saat kau datang padaku


Ku bawa dikau dalam mimpiku
Hatiku memanggil namamu
Dengarkah dikau suara hatiku
Membisik ku rindu padamu

Dikau..
Yang sangat ku sayang, kini berjauhan
Bilakah masanya bersua
Inginku curahkan segalanya
Buat dikau yang tercinta

Wednesday, January 19, 2011

tangan ku laju menaip...

sesuatu mengelirukan didasar hati,
mendengar sayup angin bertiup,
perkiraan beribu bintang dilangit,
sayu hati mendengar keluhan hati,
berbicara sendiri didasr hati,
kalam mengisahkan duka pedih,
bertaut kasih tidak tersemai budi,
memanggil hati berterbang pergi,
senyum diukir meniti hari,
di balim duka hampa menanti,
berbisik bayu berlagu syahdu,
hati luluh syair perindu,
merindu bunga kembang tak layu,
semakin segar di jambangan rindu,
berbelit kata bermadah hatiku,
hanya aku sahaja yang tahu................................->






~Mickey~