Mickey Monster official blog »

Friday, October 23, 2009

Popiah the Series -Episode 1

Pagi menjelma lagi. Aku bingkas bangun untuk melaksanakan tanggung jawab harian. Hati berdebar, bagai sesuatu terjadi semalam. Berlari laju ku ke talifon apabila mendengar deringannya.

“hello, boleh saya bercakap dengan encik Razif?”

“Encik Razif bercakap.”

“saya ada berita mengejutkan untuk encik, kawan encik mengalami kemalangan yang teruk dan kami tidak dapat menghubungi keluarganya.”

Terdiam aku seketika mendengar perkhabaran itu. Lantas aku menghubungi kekasih Zul, Aisyah yang sepatutnya keluar bersamanya semalam. Aku terus menghubuni keluarganya diperlis untuk mereka mengetahui keadaan anak mereka di Johor.

Aku bergegas ke Hospital Sultanah Aminah untu mengetahui apa yang terjadi. Apabila sampai disitu, aku diberitau bahwa raka ku itu kekurangan darah d perlu bantuan darah dari orang lain. Darahnye adalah B+. Dia bernaib baik kerana darah kami adalah sama.

Selang beberapa hari, Zul kembali sedar dari koma. Aisyah yang berada disebelahnya menghujani wajah Zul dengan air matanya. Ternyata Aisyah seorang yang tabah dan begitu agung cintanya. Aku perhatikan dia tidak pulang kerumah selama 10 hari hanya kerana mahu menjadi orang pertama dilihat Zul apabila dia sedar dri koma.

Tindakannya itu membuatka aku berasa cemmburu. Zul yang kemalangan disebabkan sifat tamaknya dan begitu optimis dengan ‘popiah’ begitu bertuah kerana didampingi seorang yang jelita. Aku yang baru berpisah dari kisah cinta mula merasakan sifat cembuuku terhadapnya.

Aku seorang yang amatt memerlukan kasih sayang seorang wanita. Wanita itu mestlh dari plihan ku sendiri. Aku mahu dibelai manja dan di beri penuh kasih sayang. Kehidupan dikolej amat membosankan dengan ragam para pelajar yang hanya mahu berpoya-poya sahaja. Aku yang mula merasa sunyi kini bertemankan sebuah kereta yang mampu menghilangkan keboanan ku. Setiap dui pinjaman pelajaran aku salurkan dan dilaburkan keatas keretaku. Pada ku kelajuan mampu menghilangkan masaalah.

Semester baru bermula lagi, aku datang agak lambat kerana semalaman aku tidak melelapkan mata. Tugasan hari pertama amat meletihkan. Apabila selesai tugasan, aku memecut keretaku ke satu destinasi yang iberiau Zul semalam. Sesampai di sekudai, aku mencari gerai popiah yang zul katakana. Katanya penjual itu mempunyai sejarah peniagaan yang kukuh untuk aku mengkajinya. Apabila sampai, aku mendapati permis itu tutup. Mungkin sedang bercuti. Apabila aku berpaling, aku mendapati seorang yang aku amat kenali sedang menaiki teksi. Seseorang yang penah mengenggam kasih sayang ku itu berlalu pergi dengan teksi untuk ketempat kerjanya. Hajat dihati ingin ku mengekorinya, tetapi aku sedar dia bukan milikku lagi.

Malam ini sungguh membosankan. Aku ditipu oleh rakan kolej ku. Mereka mengatakan ada kecemasan. Tetapi tujuan mereka hanya mahu aku membawa mereka berjalan-jalan. Aku turuti kehendak mereka. Setiba di Seri Alam, aku memberhentikan kereta di sebuah tapak permanan kanak-kanak. Rakan-rakan ku itu semua membawa kekasih masing-masing untuk menikmat malam yang indah itu. Aku menuju kesebuah buaian yang berada jauh dari mereka. Dari jauh ku memerhatikan mereka. Teringat ku kembali ke masa sebelum ku berpisah dengan perasaan cinta. Keadaan yang sama ketika itu, aku diatas buaian menghubungi si’dia’ yang sudah lama tidak kuhubungi kerana si’dia’ terlalu sibuk dengan kerjanya. Si’dia’ menjawab panggilan ku, tetapi dia seperti teralu sibuk dengan pekerjaannya. Aku menamatkan perbualan ku itu kerana kasihan kepadanya. Lamunan ku terhenti apabila di tegur oleh seorang anggota polis. Apabila ku menoleh, aku melihat rakan baik ku yang berpakaian segak anggota polis sedang membuat rondaan. Aku memberitahunya bahawa rakan-rakan ku itu diawah pengawasan ku itu. Ketika itu aku adalah ketua pemuda cawangan perumahan yang aku diami bersama keluarga. Aku dikenali badan-badan koprat dan anggota-anggota kerajaan. Jadi mereka amat mempercaya aku. Tepat jam 11, aku memanggil rakan ku untuk pulang kerana esok hari adalah giliranku untuk menjaga makmal komputer.

Bulan Ramadhan kembali lagi. Kali ini aku seperti biasa membuka gerai di bazaar ramadhan. Semua tahu apabila aku yang membuka gerai mesti jualannya adalah popiah. Sebenarnya bukan aku yang meminati popiah. Tetapi zul. Atas permintaannya, aku berkongsi modal dengannya untuk membuka gerai popiah. Ramai juga yang datang. Gerai kami dikunjungi oleh pelbagai bangsa. Ramai juga yang menggilakan popiah. Bukan Zul seorang. Setelah hampir sebulan kami berniaga, kami memutuskan untuk menutup perniagaan pada 27 Ramadhan. Hari Raya kini kian menjelma. Aku yang duduk dirumah bujang bersama Zul mengemas rumah dan menghiasi sempena menyambut Hari Raya. Tiba-tiba aku menjumpai sepasang baju kurung yang sepatutnya aku bei kan kepada N untuk dipakainya di Hari Raya. Aku menempah baju raya yang sama kainnya tanpa pengetahuannya. Tetapi apakan daya, jodoh ku tiada...........




Bersambung ke episode 2

0 tukang kutuk: