Mickey Monster official blog »

Wednesday, October 28, 2009

Popiah the Series -Episode 5

Berdengung kepala ku. Aku lupa apa yang telah terjadi. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku melihat sekeliling. Aku berada di wad kerana aku telah dilanggar oleh sebuah kereta. Alhamdulillah aku hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Aku bingks bangun menuju ke unit i.c.u. Di sana aku menemui Aisyah yang sedaang mengamil air panas di luar.

“Alhamdulillah, pembedahan semalam berjalan dengan lancar.”

Apabila aku mendengar kata-kata terebut, aku mengurut dada tanda bersyukur kerana Allah Taala maha pemurah untuk mengurniakan Zul peluang kehidupan yang kedua. Dari mata Aisyah, aku mendapati sinaran yang begitu gemilang apabila kekasihnya itu sihat sejahtera dan mampu meneruskan kehidupan bagi menuju kebahgiaan mereka. Begitu bertuah nasib Zul. Kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja deminya. Aku? Ah... itu tak pentng. Perjalanan masih jauh. Masih banyak peluang yang aku akan perolehi. Itu pun kalau peluang itu memang menanti ku.

Waktu tengahari menjelang tiba. Aku membawa Aisyah untuk mengisi perut. Aisyah kelihatan gembira hari ini. Sambil duduk di kerusi kantin, aku mengajukan soalan kepada aisyah.

“Chah, Nampak happy je.”

“Mesti la happy, awak tu, tak happy ke?”

“Happy, tapi tak macam Chah.”

“Awak, kenapa awak tak cari lain?”

Aku tersenyum mendengar pertanyaan Aisyah. Aku mencarik-carik mee hoon yang aku ambil dikaunter kantin.

“Hey, awak... kenapa tak jawab soalan Chah?”

“saya bukan tak nak cari lain Chah, kalau Chah dah sayang kat seseorang, senang ke Chah nk lupakan orang yang Chah sayang?”

“Mesti la susah”

“Tau pun. Saya ni kalau dah sayang, sayang sampai bila-bila saya akan sayang.”

“wah, romantiknya. Tapi tak boleh lawan Zul.”

Aku tersenyum melihat usikan Aisyah. Kami menghabiskan makanan dan menuju ke Wad Zul. Zul yang sedang makan ubat tersenyum melihat kami. Aku hanya memerhatikan gelagat Zul dan Aisyah. Sungguh mesra gurauan manja mereka. Setiap makanan disuapkan ke mulut Zul. Begitu prihatin Aisyah terhadap Zul. Mengalir air mata ku. Saat ini, aku hanya bertemankan kenangan-kenangan lalu. Bertubi-tubi memori menembusi minda ku. Perit rasanya. Cinta hati ku, kembalilah sayang.

Duit pembedahan Zul aku selesaikan dengan hasil simpanan kami ar setiap peniagaan. Kami memang tidak pernah menghabiskan duit keuntungan setiap perniagaan yang kami usahakan. Orang kata, kalau bijak menyimpan, tuah selalu lekat di badan.

Bersambung episode 6

0 tukang kutuk: