Mickey Monster official blog »

Thursday, October 22, 2009

si'DIA'

Semalaman aku duduk termenung melayan perasaan. Melayan perasaan gundah gulana yang kian meracau di dada. Aku seperti hilang arah tujuan dengan memikirkan sesuatu yang mustahil bagi diriku. Sesuatu yang aku sendiri tahu jawapannya. Jawapan yang akan mengecewakan diri.

Memahami si’DIA’ yang aku tahu dia kini berpunya. Satu persatu huruf L.O.V.E kian padam dihatinya untuk ku. Aku mengalami trauma yang kian menggigit hati bak parasit memamah tanah. GILA aku menanti si’DIA’, gila aku merindui si’DIA’, gila aku mengharap si’DIA’, ku tahu tidak akan terjadi semula percintaan itu. Putih mata sang serigala melihat ayam serama dilarikan. Rabak hati sang penagih kasih menempias Qasidah diri.

Wajah indah si’DIA’ membawa perasaan bahgia dihati ku. Tatkala berjumpa dengannya, tidak ku lepas tangannya kerana ku tahu aku hanya ada malam itu untuk aku memujuk hati ku ini yang aku tidak akan memilikinya lagi. Ku tidak lepas peluang menatap wajahnya sebelum pertemuan kami berakhir. Ku renung raut indah wajahnya, ia terlalu indah untuk ku. Terlalu indah hingga aku sdari, aku tidak layak berdamping dengannya.

Timbul perasaan malu bila terfikir apa yang terjadi malam itu...

Aku tidak tahu apakah tindakan aku itu bolh diterima akal..

Apakah salah aku mahu memujuk hatiku?

Apakah aku ini terlampau mengikut kan perasaan?

Aku kini mengerti apa yang dimaksud muhasabah diri. Berat hati ku menerima kenyataan. Tapi demi si’DIA’, aku sanggup mengundur diri.......

Airmata yang jatuh ku sapu dengan seribu harapan agar si’DIA’ bahgia bersamanya.....

0 tukang kutuk: