Mickey Monster official blog »

Saturday, July 4, 2009

Parasit ke IPT??

Belajar di kolej. sesiapa saja akan menganggap sesuatu evolusi baru yang membezakan taraf pelajaran diantara seorang dewasadan pelajar sekolah menengah. Tetapi tidak padaku. Aku merasakan kehadiran diriku di kolej hanya untuk memerhatikan gelagat manusia yang hanya menonjolkan imej seorang yang pandai tetapi didalam hanya habuk debu dan sampah sarap sahaja. Aku mengerti putaran roda dunia ini memang perlu parasit yang akan memamah setiap inci muka dunia. Tetapi kita harus sedar dan tahu matlamat yang akan kita capai kelak. Aku tidak mengatakan mereka ini tiada gunanya dimuka bumi. Aku mahu mereka tahu peranan dan tanggung jawab mereka sebagai khalifah dimuka dunia ciptaan yang maha Esa. tarag kekayaan hanya lah sementara, hakikatnya tanggungjawab dan ilmu didada amatlah penting untuk kita dikatakan fisabilillah di muka dunia ini. Kepada penuntut² IPT sekalian, Kitra telah bazirkan berpuluh² ribu, malah ada yang mencecah jutaan ringgit wang ibu bapa kita sendiri. Janganlah menjadi Parasit yang sentiasa memakan sisa² dunia tanpa memikir akibat dan kesan dari tindakan itu. Ingatlah, parasit hanya mempunyai jangka hidup yang hanya sekejap sahaja.

0 tukang kutuk: