Mickey Monster official blog »

Friday, July 3, 2009

keutamaan atau keperluan?

kerjaya.... siapa yang mahu menjadi pengutip sampah, posmen, penggali kubur dan pekerja² kolar putih. Tetapi, adakah kita sedar, tanpa mereka, dunia ini tidak akan berputar seperti kebiasaannya? Hari ini aku ditimpa satu masaalah tentang kerjaya.

Aku sedang menunggu keputusan tahun akhir dari kolej seperti menunggu jatuhnya dari pinggiran kubur, seperti menunggu mangga yang baru berputik bunganya, seperti pelangi yang tidak akan muncul diwaktu kemarau. aku tidak bercadang memilih pekerjaan yang perlu aku memenuhi ruang rongga masa untuk ku membanting tulang hanya ingin mencapai upah mencecah ribuan. Aku punya matlamat yang lebih besar dari itu. tetapi aku cuba mencari pengalaman dengan kerja seperti itu.

Tapi hari ini, teman atau ku gelar kekasih telah mencalar sedikit ruang hatiku, yang dia tahu hatiku hanya untuk dia. Padanya, tiada istilah 'standard' bila aku kerja seperti itu. sadarkah beliau, yang aku membesar dari nafkah pekerjaan yang dianggap tiada standard itu. tulangku membesar, segumpal daging yang dulu hanya cebisan mani yang melimpah ruah dan bersatu didalam ovumk itu semua memerlukan kos untuk membesarkan aku. Dari mana hasilnya? Dari wang pernelanjaan pekerja yang tiada standard di matanya.

Para, pembaca, ku rayu jangan disalah ertikan maksud kekasih ku itu. siapa yang mahu hidup susah? Tiada. Ku faham maksudnya. Dia menginginkan aku berjaya dalam hidup. Dia mahu Ku menjadi Besar dimata orang. Tapi, Caranya saja yang salah. Persoalan untuk hari ini, Kerjaya yang 'Standard' adalah keutamaan atau keperluan?????


-mickey monster-

0 tukang kutuk: