Mickey Monster official blog »

Saturday, February 26, 2011

BiSikaN sYaiTan!!!

BiSiKaN

Hurm... Posting ni saja untuk luahkan rasa hati. Harini nk masuk hari Ahad, iaitu hari rehat aku. Tapi pada aku sama saja. Apa yg bermain difikiran ku sama saja. Pabila hari gaji, org lain boleh menarik nafas lega, tapi pada aku, hanya berkerut dahi bermuram durja. Kenapa? Masing-masing ada tanggung jawab yang perlu diselesaikan. Tanggung jawab yang tak tertanggung rasanya apabila aku berkerja macam nak gila, teyapi hasilnya tidak seberapa. Aku bekerja untuk siapa? untuk bangsa korea yang mengerah tenaga melayu dan hanya membalas tenaga dengan bayaran sebesar kuman. Semua penduduk membayangkan aku bekerja di sebuah firma yang GAH namanya disini dengan gaji yang lumayan. Hakikatnya, hanya pekerja di firma itu sahaja yang tahu betapa cemerlangnya propaganda politic yang berlegar disitu. bangsa lain memamah bangsa yang kurang berkuasa. Aku adalah salah satu mangsa kekejaman dan kezaliman penjabul hak asasi manusia itu.

Kerajaan... Kerajaan telah berjanji mewujudkan badan khas untuk mengkaji sistem penggajian dikalangan sektor swasta. Tetapi, adakah kerajaan akan mewujudkan sistem itu? banyak persoalan yang berlegar-legar berkenaan isu ini. Sebabnya, Pihak swasta inilah sebenarnya majikan kerajaan. Kenapa? kebelakangan ini kita dengar KDNK negara kita meningkat dengan kadar yang cemerlang. Darimana pencapaian ini datang? dari pihak swasta bukan? Jadi, patutkah saya menggelar sektor swasta ini majikan kerajaan? Memang patut. Dan tidak mungkinlah pejkerja akan menunjuk hala tuju untuk majikannya. Aku bukan lah menggungkit hal politik. apa yang aku gambarkan disini bukanlah menyatakan aku ni di pihak parti pembangkang. Sebab mereka pun akan melakukan perkara yang sama. Mungkin mereka menjanjikan perkara yang kerajaan pusat tidak pernah syorkan. But, believe me, this is how the system does. pihak mana pon yang mentadbir, perkara sama juga yang akan timbul. Politic sekarang memang tak boleh percaya. Pelik, masih ada pakcik-pakcik yang di warung kopi sana sibuk berbalah mengenai parti maasing-masing, lebih baik duduk kat surau, tambah pahala banyakk-banyak. Dalam TV pon ada cakap "Undi anda adalah rahsia", so, tak payah la nk over sangat.

Berbalik pada topic asal, aku sebenarnya dalam dilema. Gaji yang tak seberapa ni buat aku rasa macam nk cari kerja lain. Tapi bila fikirkan kekejaman majikan aku ni, buat tambah sakit kepala. Kontrak kami dengan majikan menyatakan kami perlu menghantar surat perletakan jawatan 2 bulan awal. Cuba bayangkan, ada tak majikan lain diluar sana mahu menunggu 2 bulan untuk aku masuk kerja kat tempat diorang. Memang kerja gila. This is how the politics do it.

Plan
aku ke pangkor tetap aku teruskan. Ramai yang membangkang. Diorang cakap tak payah pegi, suruh aku simpan duit. Tapi aku fikir balik, tak kan la aku tak pegi. mmg la gaji aku tak seberapa. klau aku tak pegi, sampai bila-bila la aku tak pegi. Pening fikir pasal hidup. Yang kat luar tu, Klau tgh study, study lah elok-elok. Dunia sekarang bukan macam zaman mak bapak kita dulu. Dunia sekarang penuh denga tipu muslihat. Gain ilmu banyak-banyak. Gain pengalaman banyak. Semoga kita dapat rasa nikmat hidup didunia ni dengan keredhaan yang maha Esa. Amin.


Tukang karut ~ miCkey

0 tukang kutuk: