PENAT!! itu je yang mampu diluahkan... cuti perayaan tahun baru cina kali ini seperti sudah diramal. perit tahun lepas tersangkut didalam kesesakan lalu lintas mencabar keimanan dijiwa yang sedia tipis. planning semamangnya mahu 'dok' saje di rumah. apa kan daya, komitmen keatas keluarga perlu dijalankan. almaklumlah, bukan senang mahu jaga hati semua orang. Hurm, tp mungkin ada seorang yang terguris hatinya kerana aku.
Jumaat : 4.2.2011
aku mengikuti rombongan pertunangan seseorang. dia ni kira aku punye abang ipar punye anak sedara lah! perjalanan amat memeritkan (memang la, waktu tu panas terik), kereta yang meluncur di lebuh raya yang tak berapa nak berkualiti kat Malaysia ni amat 'laju la sangat' sampai meter kereta tak mahu melepasi angka 40. sambung cerita pasal pertunangan, umur sang kumbang baru masuk 23 tahun. pasangannya sebaya dengan aku. muda kan? tapi nk bwat macam mana, ketentuan ilahi. waktu si kumbang ni mahu meluahkan hasrat hati, pakcik2 dan makcik dia confirm terkejut beruk, coz muda lagi, cukup ke duit? mampu ke tanggung anak orang? ni la common question yang orang tua2 slalu bg. diorang tak sedar ke dulu2 diorang kawen lagi cepat. tapi bila masing-masing fikir balik, terdetik di hati, "Oh.. Dia kerja kerajaan..". Haha.. Best kan kerja kerajaan, loan bersepah. tinggal tunggu waktu langsungnya pada 29.05.2011. Semoga berbahagia Abu Abdilah Mohd & Rabiatul Adawiyah.
Ahad : 06.02.2011
Hari ini, seperti telah diprogramkan di kepala otak aku, aku kena menghantar kakak aku satu family pulang ke rumah mereka di Bukit Pasir, Muar. Kepala terus terfikir Mee Bandung. bertolak dalam lingkungan 12.00 tengah hari. perut belum di isi sebab terlewat bangun. Siap mandi, buka tudung saji, nampak ayam goreng. Wow!! Breakfast ayam goreng. tapi hampa, ayam tu separuh masak. apa daa akak aku... Failed!! Bila mula perjalanan aku ternampak seseorang yang sangat penting. Tapi segan pula nak tegur. Takut luka lama berdarah kembali. seperti yang dijangka. banyak benar kenderaan di jalan raya. perjalanan ke muar tidak terganggu sangat kerana traffic agak lancar. sampai je di muar pada pukul 4.00 ptg, 15 minit selepas itu aku terus bertolak pulang, takot sesak teruk. Niat nak makan mee bandung terpaksa dibantut kan atas fakto2 masa. Aku memutuskan untuk melalui jalan kampung dari Muar ke Yong Peng. Sadis hati ini kerana melihat , masih banyak rumah yang ditenggelami air. bukan sebab hujan. Air yang melimpah adalah dari empangan berhampiran yang dibuka salirannya oleh sebab khuatir empangan akan pecah jika terlebih menampung kuantiti air yang terlalu banyak. Jalan kampung pun boleh sesak bila penuh kereta. Kebiasaanya aku hanya perlukan 15 minit sahaja dari muar hendak ke Yong Peng dengan kelajuan hanya 140kM/J. Tetapi, aku menghabiskan 1 jam untuk sampai di Yong Peng. Oleh kerana kesorangan dalam kereta, aku tidak perlu risau kan perasaan orang yang rimas dengan asap rokok. rokok yang baru sahaja dibeli sebelum bertolak pulang, cuma tinggal 5 batang daripada 20 batang (AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN).. tak lama la jangka hayat aku. Apabila sampai je pintu masuk PLUS, belum sempat aku menarik nafas lega, azab baru menyusul. Bayangkan, jalan yang kebiasaannya 2 narisan sudah bercambah menjadi 3 barisan. sesuatu yang melucukan, dari jauh aku terlihat sebuah Honda civic berhenti di laluan kecemasan. kemas juga solekan keratanya. Dalam hati terdetik persoalaan, "takkan kereto mahal ni rosak pulak.." . apabila berdekatan dengan kereta itu, aku baru perasan, pemiliknya tengah buang air kecil. yang lagi lawak, keretanya berhenti di signboard "Hentian Machap, 500 meter". aku membuka cermin kereta dan menjerit "WOI!! TAKDE CIVIC PUNYA OWNER CIVIC!! HAHAHA".. Pemilik civic tu tros mengangkat tangan isyarat jari tengah. peramahkan orang Malaysia ni? sesampai di machap, aku berehat, sambil menunggu rakan aku yang bertolak dari felda Keratong. seseudah solat maghrib dan makan malam, perjalanan bermula semula dan aku tiba dirumah pada jam 11.30 malam.
Dan kini aku terbongkang dikatil, Demam akibat terlalu keletihan... HELP!! HELP!! HELP!!
dipetik daripada rinititan perjalanan MICKEY
Monday, February 7, 2011
HoliDay YaNg Tak BeRapA NaK HoLiDaY
pemerah otak!! Mr.Clue pada 3:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 tukang kutuk:
Bagaimana dgn hari2 yg tak trsenarai d ats???
(Bukan tukang kutuk, tapi tukang kepoh..=D )
Post a Comment